COOP MART
Koperasi ini telah ditubuhkan pada 31 Ogos 2007 dengan nama asal Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad. Penubuhannya bertujuan menjadi platform keusahawanan sekolah yang menyokong keperluan harian serta kebajikan warga MRSM. Sejak awal penubuhan, koperasi ini memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelajar dan staf di samping memberi pendedahan awal kepada pelajar dalam bidang pengurusan dan perniagaan.
Pada tahun 2025, selaras dengan penjenamaan semula institusi kepada MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi, koperasi ini turut melalui proses penukaran nama kepada Koperasi MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Berhad. Penjenamaan ini mencerminkan aspirasi baharu koperasi untuk terus memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta bergerak seiring dengan perkembangan semasa dalam era digital.
PROGRAM & PEMBANGUNAN PELAJAR
Koperasi turut menganjurkan pelbagai program keusahawanan dan aktiviti pembelajaran yang memberi pengalaman sebenar kepada pelajar dalam bidang pengurusan dan perniagaan. Program ini bertujuan membentuk pelajar yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi.
Pelajar-pelajar dapat memupuk minat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan yang kelak akan menggalakkan pelajar menceburi bidang ini pada masa hadapan.
Program keusahawanan
Aktiviti pelajar
Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan bagi memberi pengalaman pembelajaran sebenar kepada pelajar.
Platform yang paling penting untuk perbincangan dan penambahbaikan koperasi.