Aktiviti & Penglibatan Koperasi

Sejak penubuhannya, koperasi telah mencipta pelbagai kejayaan yang membanggakan termasuklah menjadi antara koperasi sekolah terawal di Malaysia yang mencapai perolehan RM1 juta pada tahun 2014. Koperasi juga turut menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat negeri dan kebangsaan, sekali gus membuktikan kecekapan pengurusan serta komitmen yang berterusan dalam memajukan organisasi.

Aktiviti Pendidikan

card_image

PROGRAM YOUNG ENTREPRENEURS STRIVE FOR SUCCESS (YESS) PERINGKAT ZON KEPALA BATAS

Program ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bidang keusahawanan serta melahirkan pelajar yang berdaya saing.

card_image

TAKLIMAT PENGENALAN KOPERASI KEPADA PELAJAR TINGKATAN 1

Taklimat ini diadakan bagi memperkenalkan peranan dan fungsi koperasi kepada pelajar baharu serta memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi MRSM.

card_image

PROGRAM YOUNG ENTREPRENEURS STRIVE FOR SUCCESS (YESS) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing dalam bidang
keusahawanan

Aktiviti Keusahawanan

Jualan ALK Pelajar

Aktiviti jualan yang dijalankan oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) pelajar bertujuan memupuk minat pelajar dalam bidang perniagaan serta memberi pengalaman dalam menguruskan aktiviti keusahawanan.

Karnival Keusahawanan MRSM

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti jualan dan mempelajari asas perniagaan secara praktikal.

Jualan Sempena Majlis Graduasi

Koperasi turut menjalankan aktiviti jualan seperti flower bouquet semasa majlis graduasi bagi menjana pendapatan koperasi serta memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan kemahiran keusahawanan.

Aktiviti Sosial & Komuniti

PROGRAM GOTONG - ROYONG CAFETERIA

PROGRAM GOTONG - ROYONG CAFETERIA

Aktiviti ini diadakan secara berkala bagi memastikan kebersihan

LAWATAN PENANDA ARAS KOPERASI SEKOLAH

LAWATAN PENANDA ARAS KOPERASI SEKOLAH

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan meningkatkan pengetahuan dalam

PERKHIDMATAN PERTUKARAN DUIT RAYA

PERKHIDMATAN PERTUKARAN DUIT RAYA

Perkhidmatan ini disediakan bagi memudahkan warga MRSM membuat pertukaran duit

Scroll to Top